Polisi Privasi

Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan bersama Jalan Jalan Travel.

Dikemaskini: Oktober 2026

1. Maklumat yang kami kumpul

Nama, nombor telefon, emel, maklumat pasport dan butiran perjalanan yang anda berikan semasa membuat inquiry atau tempahan.

2. Tujuan penggunaan

Untuk memproses tempahan, menguruskan visa, tiket dan penginapan, serta menghubungi anda berkenaan perjalanan.

3. Perkongsian maklumat

Maklumat hanya dikongsi dengan pihak ketiga yang berkaitan (syarikat penerbangan, hotel, kedutaan) untuk tujuan perjalanan anda.

4. Hak anda

Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data peribadi dengan menghubungi kami.