Tentang Kami

Tentang Jalan Jalan Travel

Beyond Ordinary Travel

Sejak 2016, kami membantu rakyat Malaysia meneroka dunia dengan cara yang lebih mudah, selesa dan penuh pengalaman bermakna.

Bagi kami, setiap perjalanan ada cerita dan pengalaman tersendiri.

2016Bermula Sejak
20+Destinasi Dunia
5,000+Pelanggan
4.9 ★Rating Pelanggan
Kisah Kami

Bermula Sejak 2016, Terus Melangkah Lebih Jauh

Perjalanan kami dalam industri travel bermula sejak tahun 2016. Dari situ, kami terus berkembang dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati percutian ke luar negara.

Hari ini, Jalan Jalan Travel & Tours International Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pelancongan milik Bumiputera Muslim yang memberi fokus kepada percutian mesra Muslim dan Private Trip.

“

Bagi kami, travel bukan sekadar pergi ke tempat menarik. Kami nak setiap perjalanan jadi lebih daripada percutian biasa, dengan pengalaman yang berbeza, keselesaan yang terjaga dan kenangan bermakna bersama orang tersayang.

Itulah yang kami ingin bawakan melalui Beyond Ordinary Travel.

Kenapa Pilih JJT?

Lebih Daripada Sekadar Percutian Biasa

Private Trip, Lebih Personal

Travel bersama keluarga atau kawan-kawan sendiri. Lebih privasi, lebih fleksibel dan tak perlu bercampur dengan kumpulan lain.

Muslim-Friendly Travel

Kami ambil kira keperluan pelancong Muslim, termasuk makanan halal, waktu solat dan keselesaan sepanjang perjalanan.

Tour Leader Melayu

Lebih mudah berkomunikasi dan mendapatkan bantuan sepanjang trip, bagi pakej yang disertakan Tour Leader.

Perjalanan Lebih Terancang

Daripada hotel, transport hingga aktiviti, kami bantu uruskan supaya anda boleh fokus menikmati pengalaman sepanjang percutian.

Kenali Team Kami

Orang Di Sebalik Jalan Jalan Travel

Setiap trip ada ceritanya. Dan di sebalik setiap perjalanan, ada team kami yang bekerja untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Diasaskan oleh pasangan suami isteri dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri pelancongan, Jalan Jalan Travel kini disokong oleh team yang berpengalaman serta barisan Tour Leader yang sudah biasa mengembara, termasuk mereka yang pernah belajar dan menetap di luar negara.

Gabungan pengalaman, pengetahuan destinasi dan kepakaran menguruskan percutian menjadi kekuatan kami dalam merancang perjalanan yang lebih personal, selesa dan teratur.

Daripada team di pejabat sehinggalah Tour Leader di destinasi, setiap orang memainkan peranan penting supaya pelanggan boleh menikmati percutian dengan lebih tenang.

Team Jalan Jalan Travel
Lesen & Kredibiliti

Berdaftar & Dipercayai

Jalan Jalan Travel & Tours International Sdn Bhd merupakan syarikat pelancongan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Kami komited untuk menguruskan setiap perjalanan secara profesional dan bertanggungjawab.

No. Lesen MOTACKPL: 11783Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. Pendaftaran SSM1545479-HJalan Jalan Travel & Tours International Sdn Bhd
Alamat Pejabat

No. 5, Pusat Perdagangan Hillpark 11A,
Persiaran Hillpark,
Puncak Alam, Selangor.

Kenangan Bersama Pelanggan

Setiap Perjalanan Ada Ceritanya

Bagi kami, antara perkara yang paling menggembirakan ialah melihat pelanggan enjoy sepanjang trip bersama keluarga dan kawan-kawan.

Ada yang pertama kali melihat salji, ada yang akhirnya sampai ke destinasi impian, dan ada juga yang dapat meluangkan masa berkualiti bersama orang tersayang.

Inilah pengalaman dan kenangan yang menjadikan setiap perjalanan lebih istimewa.

Kenangan pelanggan Jalan Jalan TravelKenangan pelanggan Jalan Jalan TravelKenangan pelanggan Jalan Jalan TravelKenangan pelanggan Jalan Jalan TravelKenangan pelanggan Jalan Jalan Travel

Jom Cipta Pengalaman Travel Yang Berbeza!

Dah ada destinasi yang teringin nak pergi?

Sama ada nak travel bersama keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja, kongsikan perancangan anda dengan team kami.

Kami bantu cadangkan pakej yang sesuai dengan bajet, keperluan dan pengalaman yang anda cari.